Gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa melawat Pameran Jentera dan peralatan pertanian sempena MAHA 2010 yang lalu. Memang macam-macam mesin ataujentera pertanian yang boleh dijumpai di sana. Ada mesin pengupas kelapa, mesin pembajak, mesin pemerah kelapa dara, dan pelbagai lagi. Dari sekecil-kecil mesin rumput sehingga sebesar mesin pembajak. Pelbagai Inovasi jentera pertanian juga terdapat di sana.
Tuesday, December 20, 2011
Sektor Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia. Teknologi Pertanian semakin hari semakin berkembang mengikut peredaran zaman. Jentera Pertanian semakin lama semakin moden. Jentera Pertanianamat penting dalam pertanian kerana ianya mempercepatkan kerja pertanian, menjimatkan kos buruh, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan menjimatkan masa kerja. Akhir sekali dapat meningkat produktiviti hasil.
Pertanian di Malaysia
Pertanian di Malaysia kini menjadi satu bidang yang menjanjikan pendapatan yang lumayan sekiranya diusahakan secara serius. Walau bagaimanapun, seseorang usahawan mesti tanamkan semangat yang jitu dalam diri jika ingin menjadikan pertanian satu perniagaan yang lumayan. Ianya bukan mudah jika tidak tahu selok belok bidang pertanian yang sebenar.
Friday, December 16, 2011
penyedia tanaman ubi keledek
Keledek ditanam di atas batas. Ukuran batas yang sesuai adalah 60-90 cm lebar x 30-40 cm tinggi mengikut kultivar keledek. Didapati penghasilan keledek yang akan meningkat selaras dengan ketinggian batas kerana ruangan untuk pembentukan ubi yang semakin bertambah. Bagi kultivar jenis kecil, lebar batas yang disyorkan 60 cm (Kuala Bikam) manakala kultivar Gendut 90 cm.
Penanaman Ubi Keledek
Keledek merupakan sejenis sayuran berubi yang kaya dengan karbohidrat dan karotena. Dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan dari barat laut Amerika Latin. Komposisi zat makanan keledek ialah protin, lemak, karbohidrat, serabut, tenaga makanan, abu, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium, karotena, tiamina, riboflavin, niasin dan asid askorbik.
Selain dimakan secara direbus, dibakar dan digoreng, keledek juga boleh ditinkan di dalam air atau sirap pada suhu 115oC untuk penyimpanan. Pucuk ubi keledek boleh digunakan sebagai sayuran, ubi keledek yang dikeringkan sebagai racik atau pelet turut digunakan sebgai bahan asas industri pembuatan makanan ternakan. Kanji dari ubi keledek juga digunakan dalam industri teksil disamping boleh dijadikan alkohol atau sirap.
Keledek ditanam dengan menggunakan keratan pucuk walaupun ubi dan biji benih boleh digunakan. Keratan dibiarkan 1-3 hari di tempat yang teduh dan lembab untuk menggalakkan pembentukan akar dan meningkatkan kejayaan penanaman di peringkat ladang....
Keledek ditanam dengan menggunakan keratan pucuk walaupun ubi dan biji benih boleh digunakan. Keratan dibiarkan 1-3 hari di tempat yang teduh dan lembab untuk menggalakkan pembentukan akar dan meningkatkan kejayaan penanaman di peringkat ladang....
Subscribe to:
Posts (Atom)